Jakim sasar lahir lebih ramai eksekutif bidang halal
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal melaksanakan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa untuk melahirkan lebih banyak eksekutif halal di dalam dan luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sebagai perintis industri halal, Malaysia mempunyai potensi besar untuk berkembang.
“Buat masa ini, Malaysia membuka pintu untuk bekerjasama dengan negara lain untuk menambah baik dan membangunkan sektor halal global.
“Dalam hal ini, Jakim telah membangunkan satu modul baharu yang dikenali sebagai Modul Eksekutif Halal Antarabangsa untuk meningkatkan nilai komersial pensijilan halal negara kita ke peringkat antarabangsa.
“Matlamat modul yang dibangunkan oleh Jakim adalah untuk melahirkan bakat-bakat baharu atau profesional yang berkemahiran dalam industri halal dalam dan luar negara,” katanya.
Beliau ditemui di Majlis Makan Malam Konvensyen Badan Pensijilan Halal ke-13 di Hotel Pullman Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Tambahnya, modul ini dapat menghasilkan profesional dengan pensijilan halal yang berkemahiran dan berprinsip, di samping membantu memperluas lagi peluang kerjaya bakat tempatan di persada dunia.
“Usaha Jakim ini akan menjadi kenyataan melalui pemasaran eksekutif halal tempatan kepada pengeluar asing, badan pensijilan halal serta pihak berkepentingan lain yang berminat untuk mendapatkan pensijilan halal Malaysia.
“Ia juga dapat menjadi nilai tambah kepada bakat-bakat baharu atau profesional yang berkemahiran dalam bidang halal,” katanya.
Tambah Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, golongan profesional yang mahir dalam bidang halal kian mendapat permintaan, terutamanya oleh syarikat atau badan yang ingin mendapatkan pensijilan halal Malaysia.
“Kita dapati makin ada keperluan untuk menambah bilangan eksekutif halal dalam negara.
“Eksekutif inilah yang memainkan peranan untuk memastikan satu-satu keperluan dipatuhi dan diguna pakai oleh syarikat yang ingin mendapatkan pensijilan halal di negara kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source