“Saya Mengaku Salah, Apa Yang Diviralkan Ada Yang Benar…”
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim akhirnya tampil membuka mulut mengenai kontroversi menganggu rumah tangga wanita dikenali sebagai Misya dengan bekas suaminya, Aslam.
Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Marissa mengakui apa yang ditularkan itu benar namun mendakwa ada cerita yang didedahkan adalah tepat.
BACA: Bekas Suami Nekad Nak Berubah, Mengaku Lemah Bila Marissa Datang Kejar Balik
Menurut gadis berusia 18 tahun itu lagi, tidak adil apabila mendengar cerita daripada satu pihak sahaja apatah lagi perkara yang didedahkan itu begitu tepat.
“Saya mengaku saya memang salah. Apa yang ditularkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku dan ada juga yang tidak benar tapi saya bukan mahu pertahankan dirinya serta mengatakan saya tidak bersalah.
“Tidak adil apabila mendengar cerita satu pihak saja kerana cerita yang dikongsikan bukan 100 peratus tepat, tapi saya tidak perlu meyakinkan dan memuaskan hati semua orang,” katanya.
Sementara itu, Marissa berkata dia sudah tiada kaitan dengan individu yang mendedahkan kisah tersebut termasuk mengatakan dirinya bersalah dan menjadi punca lelaki tersebut melanggar taklik.
“Antara saya dan pihak yang menularkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa sava bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan perceraian berlaku.
“Antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam saja yang tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ia berakhir,” katanya.
Dalam pada itu, Marissa menegaskan apa yang berlaku adalah tanggungjawab dirinya dan ibu bapany sudah memberikan yang terbaik buat dirinya.
“Mereka sudah mendidik, menegur dan menghalang saya daripada semua ini. Semua yang berlaku adalah pilihan saya sendiri. Biar saya bersihkan nama saya sendiri dan bukan ibu bapa saya,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source