Keterjaminan makanan perlu ditekankan Kerjasama Komprehensif
PETALING JAYA: Keterjaminan makanan dan pertanian pintar merupakan antara bidang strategik yang ditekankan Malaysia untuk memperkukuhkan Kerjasama Komprehensif Strategik ASEAN-India.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menekankan keperluan untuk membina kerjasama yang erat dalam kepelbagaian bidang-bidang strategik yang terkait.
Beliau menjelaskan, langkah itu boleh mempromosi pertumbuhan mapan dan inklusif seperti keterjaminan makanan, pertanian pintar, pembaharuan tenaga, kitaran ekonomi, inovasi fintech, dan perbankan digital.
“Pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, saya hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20 bersama rakan-rakan pemimpin lain yang senada menjulang kebersamaan memperkukuh Kerjasama Komprehensif Strategik ASEAN-India.
“Dalam ucapan, saya menekankan keperluan untuk membina kerjasama yang erat dalam kebhinekaan (kepelbagaian) bidang-bidang strategik yang terkait.
“Ini nescaya boleh mempromosi pertumbuhan mapan dan inklusif seperti keterjaminan makanan, pertanian pintar, pembaharuan tenaga, kitaran ekonomi, inovasi fintech, dan perbankan digital,” tulis beliau dalam Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Anwar menyertai sidang kemuncak itu yang diketuai oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Pusat Konvensyen Jakarta dan dihadiri Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Pada masa sama, Anwar berkata, Malaysia mengalu-alukan penubuhan ASEAN-India Trade in Goods Agreement (AITIGA) yang dijangka dimuktamadkan pada 2025 dan akan memberi impak kepada usaha menangani isu keterjaminan makanan.
“Keterjaminan makanan adalah satu lagi pencapaian menakjubkan biarpun di sebalik impak cabaran perubahan iklim ketika ini. Kami percaya ASEAN boleh memanfaatkan pengalaman India yang luas dalam bidang pertanian dan mewujudkan kerjasama dalam pertanian pintar.
“ASEAN dan India perlu bekerjasama untuk membangunkan agenda yang lebih proaktif yang mempromosi keterangkuman dan pembangunan mapan serta meningkatkan kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sumber air serta pengekalan biodiversiti hutan,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri mencadangkan kejayaan luar biasa India dalam penembusan digital dikongsi untuk memberi manfaat kepada semua negara anggota ASEAN terutamanya dalam perbankan digital dan kewangan serta di kawasan luar bandar.
“Saya berpendapat isu ini perlu diteroka oleh India dan boleh menyumbang secara besar-besaran kepada kejayaan kita bersama,” katanya.
Selain itu, beliau menekankan penggunaan hubungan baik untuk menggalakkan dialog dan kewujudan bersama secara aman dalam cabaran geopolitik, termasuk isu Laut China Selatan.
Semasa pertemuan itu, Anwar turut menekankan peranan penting India sebagai sekutu strategik serta mengucapkan tahniah kepada negara itu atas kejayaan mendaratnya pesawat angkasa India, Chandrayaan-3, di kutub selatan bulan.
“Kami berkongsi kebanggaan sebagai sebahagian daripada usaha Asia dan ASEAN,” tambahnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengambil bahagian secara aktif dalam tiga sidang kemuncak lain iaitu Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18, Sidang Kemuncak ASEAN-Australia ketiga dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke-13.
Semasa mesyuarat ini, jadual Anwar termasuk tiga mesyuarat dua hala, di mana beliau akan terlibat dalam perbincangan dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres; Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin dan Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao.
Beliau kemudian menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu dan menyaksikan penyerahan rasmi jawatan Pengerusi ASEAN kepada Laos, sebelum pulang ke tanah air sejak berada di Jakarta sejak Selasa lalu.
Sidang kemuncak itu adalah penyertaan pertama Anwar dengan tujuh rakan dialog iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada. -UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source