Siapa paling popular di Pulai dan Simpang Jeram
JOHOR BAHRU – Berbaki empat hari lagi, Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kerusi iaitu Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram akan diadakan pada 9 September ini.
Pada hari-hari terakhir kempen pilihan raya yang rancak berlangsung ketika ini, jentera parti masing-masing turun padang menghantar ‘panglima perang’ bertemu rakyat bagi membantu calon bertanding.
Siapakah yang dapat menawan hati pengundi bagi mengisi kekosongan kerusi ditinggalkan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu akibat mengalami pendarahan otak.
Penganalisis politik veteran, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussin berpendapat, persaingan sengit antara parti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) akan berlaku di Parlimen Pulai.
“Berdasarkan keadaan semasa, kita dapat tengok dengan jelas akan berlaku persaingan sengit antara kedua-dua parti itu.
“Boleh dikatakan 50-50, ini kerana kita lihat beberapa faktor termasuk populariti calon bertanding. PH meletakkan Suhaizan Kayat daripada Parti Amanah Negara (Amanah), dia juga Speaker DUN Johor.
“PN meletakkan Zulkifli Jaafar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai. Dia seorang usahawan dan memegang beberapa jawatan dalam badan bukan kerajaan, orang tempatan mengenalinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, bagi DUN Simpang Jeram pula, kemungkinan besar akan diisi calon daripada PN.
Ujarnya, faktor pengaruh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan orang Muar memainkan peranan penting, sedikit sebanyak mempengaruhi undi di kerusi itu.
“Pengaruh Pas memang ada di situ, ditambah pula kekuatan bekas Perdana Menteri (Muhyiddin) orang Muar, pengaruh itu ada, PN yang meletakkan Dr. Mohd. Mazri Yahya sebagai calon kemungkinan boleh menang kerusi itu.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source