Pasaran kelapa Bagan Datuk terjejas
BAGAN DATUK: Pembekal kelapa di sini mendakwa mengalami kerugian apabila kelapa yang diborong daripada pekebun tempatan tidak laku disebabkan terpaksa bersaing dengan kelapa import dari Indonesia yang dijual jauh lebih murah.
Pembekal kelapa tua di Kampung Sungai Batang di sini, Abdul Aziz Mokhtar, 48, berkata, disebabkan situasi itu dia terpaksa menyimpan lambakan kelapa sehingga 30,000 biji.
Menurutnya, biasanya kelapa dari daerah ini dijual di pasar sekitar Kuala Lumpur namun permintaan semakin berkurangan disebabkan kemasukan kelapa Indonesia yang lebih murah.
“Kami difahamkan kelapa import dari Indonesia 90 sen sebiji sedangkan kelapa dari Bagan Datuk RM1.50 hingga RM1.60 sebiji, menyebabkan permintaan kelapa dari daerah ini terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurutnya, apa yang dikesalkan ialah kilang santan yang terdapat di Bagan Datuk juga tidak lagi membeli kelapa tempatan disebabkan harga kelapa Indonesia lebih murah.
“Kami berharap pekilang santan di sini juga membeli kelapa dari pekebun kecil di daerah ini dan tidak hanya membeli kelapa Indonesia,” katanya.
Katanya, mereka berharap kerajaan membantu masalah lambakan kelapa yang tidak terjual di daerah ini dengan mengawal kemasukan kelapa dari negara jiran itu.
“Selain itu di peringkat pekebun kecil di Bagan Datuk, kami minta subsidi, mungkin sebiji kelapa subsidinya antara 30 sen atau 50 sen untuk menampung pendapatan pekebun kelapa di sini, seperti kerajaan memberikan subsidi padi, subsidi ayam dan sebagainya,” katanya.
Seorang peraih dan pekebun kelapa di Parit 1, Sungai Sumun, J. Kanyya berkata, disebabkan saingan kelapa Indonesia, hanya 60 peratus kelapa yang dibelinya dari pekebun kecil dapat dijual.
Menurutnya, selebihnya tidak dapat dijual sehingga sudah banyak yang mengeluarkan tunas.
“Saya mohon kerajaan mengkaji semula kemasukan kelapa daripada Indonesia bagi memastikan pekebun kecil seperti kami tidak terus mengalami kerugian,” katanya.
Katanya, pekebun juga kesal kerana kilang santan yang berada di Bagan Datuk langsung tidak membeli kelapa tempatan di Bagan Datuk.
“Kilang membeli kelapa dari Indonesia, mereka kata lebih murah berbanding kelapa kami di sini, ini menyebabkan kelapa kami terbiar lama, berbulan-bulan dan lama kelamaan akan bercambah dan tidak lagi boleh dijual,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source