Ahirine Dedah 3 Tahun Diganggu Lelaki Dikenali, Hampir Buat Laporan Polis
Pelakon Ahirine mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seorang lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Memetik mStar Online, Ahirine berkata lelaki itu adalah individu dikenalinya dan tindakannya agak keterlaluan sehingga dia hampir membuat laporan polis bulan lalu bagi tujuan keselamatan.
BACA: Ahirine Dedah Pelakon Berstatus Suami Orang Cuba Mengorat, Minta Jadi Kekasih Gelap
“Dah lama saya kenal dia… Bagi saya dia hanya kawan sahaja tapi tak sangka dia anggap berlebihan sampai canang saya ini teman wanitanya.
“Perkara ini dah lama berlarutan sejak tiga tahun, malah saya hampir buat laporan polis bulan lalu sebab ada satu tindakan yang dilakukan membahayakan keselamatan. Tidak perlulah saya jelaskan apa dia buat,” katanya.
Sementara itu, Ahirine berkata dia cuba selesaikan hal tersebut dengan lelaki itu secara baik serta turut meminta tidak melakukan perbuatan melampau.
Dalam pada itu, pelakon itu berkata dia bimbang untuk keluar seorang diri kerana merasakan dirinya sentiasa menjadi perhatian.
“Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini menjadi besar sehingga melibatkan kes polis. Sebab itu saya cuba selesaikan secara baik.
“Saya dah block dia di laman sosial namun dia akan buka akaun baru. Susah untuk saya sekat. Dia merasakan perkongsian saya di laman sosial itu ditujukan kepadanya,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source