Lelaki warga emas, ibu tunggal lempias nafsu ambang merdeka
JOHOR BAHRU – Seorang wanita tempatan tidak sempat memakai coli, manakala seorang lagi wanita warganegara Vietnam hanya membaluti tubuhnya dengan selimut ketika bilik hotel mereka diperiksa anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), malam tadi.
Dalam Operasi Ambang yang dilakukan secara serentak di seluruh negeri ini, dua wanita terbabit antara 16 individu yang dicekup oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan JAINJ.
Dalam serbuan di sebuah hotel di Permas Jaya, seorang lelaki warga emas ditahan bersama pasangan seorang wanita Vietnam berusia 40an yang dipercayai telah mengenalinya sejak lima tahun dahulu.
Lelaki berusia 62 tahun yang dipercayai berkenalan dengan wanita terbabit menerusi aplikasi WeChat tergamam dengan kehadiran anggota penguat kuasa JAINJ, manakala wanita yang tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris itu terpinga-pinga ketika diarahkan memakai baju.
Sementara itu, seorang lagi wanita yang juga ibu tunggal dicekup di hotel berhampiran di kawasan yang sama bersama seorang lelaki warganegara Bangladesh.
Wanita berusia 40an itu ditahan bersama lelaki warga asing yang juga difahamkan merupakan rakan sekerjanya di sebuah kilang di Taman Gembira, di sini.
Ketika disoal mengenai keberadaan anaknya, wanita itu memberitahu dia telah menghantar tiga orang anaknya pulang ke kampung sebelum bersama pasangannya memadu asmara di hotel tersebut.
Penolong Pengarah Operasi II JAINJ, Khalid ali berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bermula pukul 10 malam, telah menahan empat pasangan di Johor Bahru, masing-masing satu pasangan di Muar, Kota tinggi, Mersing dan Tangkak.
Katanya, kesalahan khalwat dan perbuatan kurang sopan adalah bentuk kesalahan jenayah syariah dan perbuatan itu dilarang sama sekali.
“Sekiranya perbuatan ini tidak ditegah akan menyebabkan gejala yang buruk kepada masyarakat dan akan melunturkan nilai-nilai kehidupan peradaban Islam sebagaimana tuntutan dalam Maqasid Syariah iaitu menjaga keturunan.
“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan khalwat di bawah seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh di denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”, katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source