Kembalikan kegemilangan Kedah, jangan biarkan kemajuan negeri disekat
JITRA – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati dan bertekad mengembalikan semula kegemilangan Tamadun Kedah Tua dengan menjadikan negeri ini The Greater Kedah.
Kata beliau, setiap rakyat perlu kuat dalam menempuh dan menewaskan apa jua cabaran dan halangan untuk memperkasakan negeri.
“Jangan biarkan kemajuan negeri ini disekat dan dihalang oleh pihak berkepentingan yang mahu menjarah hak kita sebagai warga negeri ini.
“Kepatuhan dan taat kesetiaan kita adalah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah selaku raja yang memerintah negeri ini dengan penuh kedaulatan dan kemuliaan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Kedah di Tasik Darul Aman, di sini malam ini.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, seluruh rakyat negeri ini juga perlu memastikan jati diri sebagai warga yang merdeka adalah dalam erti kata sebenarnya.
“Ini kerana walaupun negara kita sudah 66 tahun merdeka, namun pada zaman ini ancaman penjajahan adalah dalam bentuk baharu.
“Ia bukan lagi penjajahan dalam bentuk fizikal tetapi penjajahan dalam pemikiran dan gaya hidup
serta ancaman budaya dan pemikiran yang dipacu oleh kepesatan teknologi,” ujarnya.
Justeru, beliau meminta semua rakyat menghayati makna kemerdekaan dalam erti kata sebenar dan terjemahkannya menerusi sikap dan amalan menepati sebagai warganegara yang benar-benar merdeka. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source