Ekonomi Malaysia dalam kedudukan baik – Rafizi
PETALING JAYA – Malaysia berada dalam kedudukan yang baik dengan keadaan ekonomi global hari ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kadar inflasi Malaysia mereda kepada dua peratus berbanding kebanyakan negara lain.
“Kebanyakan negara lain di dunia masih mencatatkan kadar inflasi dua angka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Rafizi menerangkan, fokus mana-mana kerajaan di dunia ini adalah mengimbangi kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi.
Jelas beliau, ekonomi yang mampan adalah sebuah ekonomi yang dapat mengimbangi kadar inflasi yang tidak melonjak dengan cepat sehingga tidak terkawal dengan pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan gaji.
“Pengawalan inflasi menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan supaya tidak meningkat secara drastik.
“Sekiranya kadar inflasi naik berterusan, ia akan mengikis kuasa beli rakyat bila mana pendapatan tidak naik pada kadar yang sama dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source