Bot membelok ketika menghampiri pantai sebabkan mangsa lemas
PARIT BUNTAR – Bot dipandu laju sebelum membelok ketika menghampiri pantai menyebabkan kesemua penumpang dan jurumudi bot jatuh ke dalam laut di Pantai Teluk Batik, Lumut semalam.
Demikian kata Mohammad Hafiz Johari, 31, suami kepada wanita yang meninggal dunia dalam kejadian lemas di pantai peranginan tersebut.
Menurut Mohammad Hafiz, dia bersama isteri dan dua orang anak serta seorang adiknya menaiki bot tersebut bersama dua buah keluarga pengunjung yang lain untuk tujuan riadah.
“Saya duduk di sebelah kiri memangku anak kedua, Ainul Mardiah, 3, adik di sebelah kanan manakala isteri pula duduk di bahagian tengah bot.
“Ketika dalam perjalanan pulang ke pantai, bot dipandu laju ketika membuat pusingan ke arah kanan menyebabkan ia terbalik di sebelah kiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid At Taqwa Sungai Megat Aris, Bagan Tiang di sini hari ini.
Menurutnya, Allahyarham isterinya beria-ia mengajaknya beserta anak-anak untuk menaiki bot walau pun sebelum ini dia tidak pernah menaikinya.
“Saya tetap pegang erat anak perempuan ketika jatuh ke dalam laut. Selepas itu saya mencari anak lelaki,Ahmad Haziq Danish, 6, dan mendapati adik juga selamat namun saya tidak nampak kelibat isteri ketika orang ramai membawa kami ke tepi pantai,” katanya.
Tambahnya, dia terus memberitahu kepada orang ramai bahawa isterinya masih belum diselamatkan dan dia tidak tahu berenang.
“Lebih 10 minit mencari, baharulah isteri, Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34, ditemui di bawah perut bot yang terbalik dalam keadaan tak sedarkan diri.
“Orang ramai membantu membuat rawatan kecemasan CPR namun isteri masih tidak sedarkan diri hingga dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapat rawatan seterusnya,” katanya.
Tambahnya, dia diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa isterinya disahkan meninggal dunia pada jam kira-kira 4.58 pagi semalam.
Jenazah telah dibawa balik ke rumah ibu Nurul Afiqah di Bagan Tiang dan tiba ke lokasi pada jam kira-kira 2.30 petang dan dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan di khariah itu selepas solat Asar petang ini. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source