Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
KOTA KINABALU – Seorang anggota polis bantuan ditemui maut dengan satu kesan tembakan di kepala dalam ruang rehat di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa lelaki berumur 42 tahun berkenaan ditemui rakan sekerjanya dalam keadaan terlantar di kerusi rehat dengan berlumuran darah.
Difahamkan mangsa ketika ditemui masih bernyawa, namun pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
Turut berada di lokasi kejadian Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) IPK Sabah, Superintendan Alhusin Halil.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim mengesahkan kejadian berkenaan.
“Mangsa dibawa ke Unit Forensik HQE I untuk tindakan lanjut. Kes mengenai kejadian itu masih dalam siasatan polis,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source