“Saya Tak Dapat Berjalan, Rasa Badan Seperti Dibakar”
Pengacara sensasi, Azwan Ali atau popular dengan gelaran Diva AA meminta agar individu berkenaan tidak menghantar sihir kepada dirinya.
Memetik Harian Metro, Azwan turut berkongsikan mengenai ‘serangan’ terakhir yang dialaminya pada awal pagi Rabu lalu.
BACA: Diva AA Jual Burger Tepi Jalan?
“Saya cakap terus terang, saya adalah orang yang tak berahsia dan jujur. Malam semalam, jam 2 pagi, demi Allah saya cakap, saya mengaku bahawa saya ‘diserang’. Mungkin mereka tak mahu saya muncul di acara hari ini. Tapi, kebesaran Allah mengizinkan saya di sini,” katanya.
Menurut Azwan, dia berikhtiar dan berubat dengan seorang ustaz serta meluahkan rasa syukur doa daripada pengikutnya membuatkan dirinya masih kuat.
“Sejujurnya, ada tempat yang saya berubat. Ada seorang ustaz yang ubatkan saya dan dia tak sebut nama sesiapa. Kepada pengikut-pengikut saya, saya rasa sangat sebak sebab saya masih hidup.
“Sebenarnya, saya sakit. Sakit, kalau ditanya memang sakitlah. Tergamaklah. Kenapa mesti marah sangat dengan saya? Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit,” katanya.
Dalam pada itu, Azwan berkata. serangan sihir berlaku pada dirinya sejak minggu lalu dan sudah setahun dia berubat serta mengakui perkara itu mengganggu aktiviti hariannya.
“Ia bukanlah sisa-sisa rasa sakit atau apa, tetapi ‘serangan’ yang berulang. Dah setahun saya berubat dan saya okay sahaja. Tapi, sejak minggu lalu, saya ‘diserang’ semula.
“Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar. Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri.
“Saya berusaha berubat sebelum bertolak dari Semenyih tadi. Saya hampir beritahu penganjur bahawa saya tak dapat hadir.
“Saya bangun pagi tadi, makan ubat, berikhtiar, dan saya kuat. Ditambah dengan doa-doa daripada pengikut saya. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source