”Saya Pilih Untuk Tidak Fokus Kepada Sesiapa Yang Hilang Dari ‘Radar’”
Pelakon Nad Zainal berkata dia memilih untuk tidak fokus kepada mereka yang sudah hilang dari ‘radar’ apabila dikatakan bermasam muka dengan beberapa rakan artis yang dulu kawan rapatnya.
Memetik Harian Metro, Nad berkata dia kini memilih untuk mengutamakan suaminya, Ungku Ismail dan anak-anaknya berbanding perkara lain.
BACA: Hamil Anak Ketiga, Nad Zainal Mengidam Nasi Kandar
“Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’. Siapa yang ada, ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu ‘high school’ untuk saya.
“Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi, saya tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya, jadi saya okay saja,” katanya.
Menurut Nad lagi, masing-masing sudah dewasa dan dia mahu memberi fokus kepada mereka yang kekal untuk bersamanya.
“Tidak timbul istilah bermasam muka kerana kami masing-masing sudah dewasa. Banyak lagi perkara yang harus diberikan fokus. Contohnya seperti suami, anak-anak dan peminat yang banyak mendoakan walaupun saya sudah sihat.
“Bukanlah hendak katakan saya sudah matang, cuma saya fokus kepada mereka yang ada dan kekal untuk bersama. Banyak lagi yang ingin saya fikirkan,” katanya.
Dalam pada itu, Nad meluahkan rasa syukur kepada peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan serta mendoakan buat kesihatannya.
“Kadang-kadang saya tengok peminat atau orang yang dari luar sendiri datang dari jauh menunjukkan penghargaan kepada saya. Jadi perkara sebegitu yang mengajar saya.
“Bantuan kadang kala tidak datang daripada orang terdekat atau orang yang kononnya tahu mengenai kehidupan kita. Saya tidak mahu fikir banyak, apatah lagi anak saya sudah tiga orang,” katanya.
Hujung tahun lalu, Nad dirawat di pusat perubatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Malah, ketika itu rakan-rakan selebriti telah melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya untuk menampung kos rawatan di hospital.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source