7 premis aktiviti perniagaan warga asing disita
KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh premis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing sekitar ibu negara ditutup dan dikompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.
DBKL dalam satu kenyataan di Facebook berkata, operasi berkenaan dijalankan sekitar Jalan Gombak, Jalan Jernai, Jalan Cheras Baru, Taman Sri Rampai dan Taman Maluri, di sini, semalam.
‘Pemeriksaan ke atas 15 aktiviti perniagaan melibatkan kedai runcit, pasar mini, kedai perabot, kafe, kedai barangan elektrik, gunting rambut, sireh, jualan sayuran, ikan segar dan lain-lain aktiviti yang beroperasi dan dikendalikan oleh warga asing.
“DBKL membuat tujuh penutupan (sealed) premis perniagaan di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan tiga tindakan sita barangan penjajaan dari warga asing.
“Kita telah keluarkan 11 notis kompaun kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Petampatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana mengambil mana-mana pekerja warga asing tanpa permit sah,”jelasnya di Facebook hari ini.
Katanya, kesemua peralatan dan barangan perniagaan yang disita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur.
“Pemilik premis perniagaan diingatkan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh DBKL.
“Tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa mengikut parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,”tegasnya. -KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source