Zii Jia hantar Christie pulang
KUALA LUMPUR – Turun sebagai pemain bukan pilihan nyata tidak mengganggu fokus perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila menang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia sebentar tadi.
Pada perlawanan yang berlangsung di Royal Arena, Copenhagen, Denmark itu, Zii Jia menampilkan aksi cukup baik sebelum menang 21-13, 21-15 ke atas pilihan kelima dari Indonesia, Jonatan Christie.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia berjaya menewaskan Christie empat kali berturut-turut apabila turut menang pada Terbuka Denmark 2022, Kejohanan Badminton Asia 2022 dan Seluruh England (All England) 2020.
“Kemenangan ini amat membantu dan menyuntik keyakinan saya, inilah yang saya perlukan. Saya hanya bermain dan beritahu diri sendiri, tidak kira berapa banyak Jonatan (Christie) mendahului, saya teruskan sahaja.
“Saya ada berdepan turun naik tetapi saya tahu ini adalah proses, namun tidak tahu akan ambil masa berapa lama. Setakat ini, saya hanya teruskan sahaja kerana itulah jalan untuk berjaya,” katanya selepas tamat perlawanan.
Untuk rekod, Zii Jia menamatkan Kejohanan Dunia tahun lalu di pusingan ketiga selepas tewas kepada pemain China, Zhao Jun Peng menerusi aksi tiga set 19-21, 21-11, 19-21 dalam tempoh lebih sejam.
Menjelang pusingan kedua nanti, pemain berusia 25 tahun itu dijangka tidak berdepan masalah untuk meneruskan kemaraan apabila dijadualkan bertemu pemain No.27 dunia dari Kanada, Brian Yang. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source