Kaji selidik isu penolakan BN dibuka esok secara online
MELAKA – Pergerakan Pemuda UMNO akan membuka satu kaji selidik secara dalam talian kepada semua pengundi bermula esok bagi mengenal pasti punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos lalu.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, hasil dapatan maklum balas daripada orang ramai itu akan dikumpulkan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO.
Katanya, kajian itu merupakan salah satu respons penting kepada parti, bukan sahaja untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tetapi survival UMNO itu sendiri.
“Saya mengambil tanggungjawab agar UMNO terus boleh bertahan pada masa akan datang, bukan sahaja untuk PRU16 tetapi juga PRU-17, PRU-18 dan seterusnya.
“Benda asas, kalau menang atau kalah kita kena buat kaji selidik. Kesalahan mesti dibaiki, mesti ada kesalahan di mana-mana pihak sekalipun. Kesalahan ini mesti diperbaiki segera,” katanya selepas merasmikan Karnival Mini Program Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Luar Bandar di Ayer Keroh di sini, hari ini.
Tambah Muhamad Akmal, kaji selidik itu bukan bertujuan mencari salah sesiapa tetapi demi mencari punca dan penyelesaian sebelum parti mengambil langkah tertentu.- KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source