Minuman tenaga boleh bawa padah jika tak kawal
PETALING JAYA – Pengambilan minuman tenaga secara berlebihan boleh memberi kesan kepada jantung dan paru-para selain menyebabkan kematian jika tidak dikawal.
Perkara tersebut dikongsikan seorang doktor perubatan di akaun TikTok miliknya dengan berkata, ia disebabkan bahan kandungan kafein di dalam minuman tersebut yang boleh menganggu aktiviti berkaitan jantung.
“Ini kerana kafein akan mempengaruhi saraf dan degupan jantung. Apabila seseorang minum kafein, dada akan menjadi ‘ribut’ dan juga ada akan mengalami ‘anxiety’,” katanya.
Lebih parah, di dalam sesetengah situasi kafein juga boleh menjadi punca darah beku, darah tesumbat, strok serta tekanan darah tinggi.
Nasihatnya, minuman tenaga masih boleh diminum namun memerlukan pengawalan yang ketat supaya tidak mengambil jumlah kafein yang berlebihan dalam sehari.
“Seseorang itu hanya boleh mengambil tidak lebih dari 400 miligram kafein sehari. Manakala, wanita mengandung pula perlu tidak boleh mengambil walaupun sedikit pun.
“Semua orang perlu berpada-pada dalam mengambil minuman seperti ini. Lagipun, manusia tidak perlu sentiasa bertenaga sepanjang hari, perlu ada rehat juga,” jelasnya.
Setakat ini video perkongsian tersebut meraih 43,900 tanda suka, 11,800 perkongsian dan 803,600 tontonan. — KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source