[VIDEO] Seksyen 13 Shah Alam banjir, Sungai di Batu 3 lepasi paras amaran
PETALING JAYA – Kawasan Seksyen 13 di Shah Alam dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak pukul 2 petang tadi.
Menerusi perkongsian klip video di media sosial, beberapa laluan jalan raya di sekitar kawasan terbabit ditenggalami air sehingga paras lutut.
Berdasarkan klip video itu, banjir tersebut turut menjejaskan beberapa premis perniagaan sehingga Masjid Al-Ikhlas di Seksyen 13.
Sementara itu, menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 4.50 petang, Sungai Damansara di Batu Tiga, Shah Alam dilaporkan melebihi paras amaran.
Ia merekodkan bacaan 5.35 meter (m) berbanding normal iaitu 2.7 m dan masih menunjukkan trend meningkat ketika ini. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source