Tauke perabot sumbat 120 pekerja dalam gudang mahu jimat
MELAKA – Tindakan sebuah syarikat perabot menyumbat 120 pekerja warga asing di sebuah gudang yang diubah suai menjadi dua tingkat menggunakan papan nipis terbongkar selepas diserbu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri, petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, pemeriksaan penguat kuasa mendapati lantai tingkat atas bangunan tersebut hanya dialaskan dengan papan nipis, manakala persekitaran termasuk bilik mandi berada dalam keadaan menjijikkan.
Pengarah JTK negeri, Johana Bakar berkata, syarikat itu sebelum ini telahpun dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM20,000 pada tiga tahun lalu atas kesalahan sama di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
“Syarikat ini memang telah diberikan kelulusan pelan pembinaan asrama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menempatkan 80 orang pekerja warga Bangladesh.
“Bagaimanapun sejak 2020 majikan telah mengambil jalan mudah mengubah suai bangunan dengan membuat tingkat atas menggunakan papan nipis untuk memuatkan 120 pekerja mereka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi di gudang di Bukit Rambai, di sini.
Mengulas lanjut beliau berkata, wakil syarikat memberikan alasan asrama papan itu hanyalah penempatan sementara sehingga bangunan sebenar siap dibina mengikut pelan diluluskan, selain berdepan isu kewangan bagi menempatkan baki 40 pekerja ke Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ).
“Kita faham pembinaan asrama ini mengambil masa dua hingga tiga tahun, namun sepatutnya pekerja ini tidak boleh ditempatkan di kawasan yang sedang dibina dan berisiko, di dalam itu pendawaiannya berselirat.
“Hari ini kita telah mengeluarkan empat kompaun keseluruhan berjumlah RM65,000 di bawah akta sama dan perbincangan bersama PBT akan dibuat dalam masa terdekat sama ada pekerja ini akan dipindahkan CLQ terdekat, isu kewangan pula adalah tanggungjawab mereka” katanya. -KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source