Musim kemarau di Indonesia diramal lebih lama, teruk
JAKARTA: Indonesia dijangka menghadapi musim kemarau lebih panjang sehingga Oktober ini akibat kesan cuaca El-Nino, sekali gus mengancam bekalan air bersih dan meningkatkan risiko kebakaran hutan.
Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) mengubah ramalan sebelum ini menyatakan kemarau akan berterusan antara Ogos hingga September, kepada September hingga Oktober selepas mengambil kira kesan El-Nino, kata jurucakapnya, Abdul Muhari.
Jelas Abdul Muhari dalam satu taklimat media, kesan cuaca itu mungkin memanjangkan musim kemarau di kepulauan berada di bawah garis Khatulistiwa termasuk Jawa, yang mempunyai lebih 150 juta penduduk, selain Bali dan Nusa Tenggara.
“Sudah dua bulan kemarau berterusan di Jawa dan ini amat membimbangkan kerana kesan ketara El-Nino dijangka berterusan sehingga Oktober,” katanya memberi amaran tahap air di empangan dekat Jakarta mula berkurangan secara ketara.
Musim kering tahun ini dijangka yang terburuk sejak 2019, antara lain kerana kembalinya El-Nino, seperti mana diramalkan agensi kaji cuaca sebelum ini.
Setakat ini, enam orang dilaporkan maut di kawasan pedalaman bergunung yang terpencil di wilayah timur Papua, yang kini menghadapi kebuluran dan ribuan penduduknya kelaparan akibat kemarau, menurut pihak berkuasa.
Pihak berkuasa juga memberi amaran, bahawa wilayah tertentu seperti Aceh di penghujung utara pulau Sumatera, sudah mula dilanda kebakaran hutan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, kes kebakaran hutan di Indonesia sejak Julai tahun ini jauh lebih rendah iaitu 75 kes, berbanding 115 kes kebakaran hutan pada 2019.
Indonesia menghadapi antara kebakaran hutan terburuk pada 2015 dan 2019, yang menyebabkan negara itu dan sebahagian besar Asia Tenggara diselimuti jerebu tebal.
Kebakaran pada 2019 mengakibatkan kerugian ekonomi sekitar AS$5.2 bilion (RM24 bilion) di lapan wilayah Indonesia, menurut Bank Dunia. – REUTERS
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source