Mahkamah: Rosmah mohon pasport ke Singapura lawat Nooryana bersalin
PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mendapatkan pasport buat bagi melawat anak sulungnya, Nooryana Najwa Najib di Singapura yang dijangka bersalin pada akhir bulan ini.
Permohonan kali keempat itu dibuat Rosmah, 72, menerusi notis usul difailkan Tetuan Akberdin & Co. di Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu.
Berdasarkan permohonan yang dibuat, Rosmah berhasrat ke negara republik itu dari 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober.
Katanya, permohonan itu atas alasan melawat ahli keluarga termasuk Nooryana Najwa yang kini mengandung anak ketiga dan dijangka bersalin di Singapura pada 28 Ogos ini.
“Anak pertamanya itu berkahwin dengan lelaki warga Kazakhstan bernama Daniyar Kessikbayev, yang mana mereka kini menetap di Singapura. Pemohon (Rosmah) sedar akan kesan jika ingkar dan enggan menuruti perintah mahkamah untuk hadir sebutan kes dan perbicaraan.
“Pemohon sehingga ke hari ini tidak pernah gagal dan cuai untuk hadir ke mahkamah tanpa sebab serta alasan munasabah,” kata permohonan itu.
Rosmah buat pertama kali pernah dibenarkan untuk mendapatkan sementara pasportnya pada 15 Oktober 2021 bagi melawat Nooryana Najwa yang bersalin anak kedua dan kali kedua pada 21 Mac lalu, juga untuk melawat Nooryana Najwa dan cucu lelakinya yang tidak sihat.
Sementara bagi permohonan ketiga yang dibuat melalui notis usul bertarikh 2 Jun lalu, isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu memohon mendapatkan sementara dokumen perjalanan berkenaan selama empat minggu iaitu dari 6 Jun sehingga 7 Julai ini.
Rosmah kini merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September tahun lalu, selepas mendapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Hakim, Mohamed Zaini Mazlan, memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu, namun membenarkan permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuan yang akan didengar Mahkamah Rayuan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source