Tiada jejak baharu ditemui dalam kes Siti Kasim
KUALA LUMPUR – Tiada sebarang petunjuk baharu dikesan pihak polis berhubung siasatan kes penemuan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) diletakkan pada kereta Peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim pada 21 Julai lalu.
Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya tidak menemui suspek yang boleh disyaki setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Rakaman CCTV berkenaan tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Kasim didekati mana-mana individu yang boleh disyaki dan kita juga tidak menemukan sebarang cap jari individu disyaki pada badan kereta itu milik Siti Kassim.
“Buat masa ini, kita tidak ada petunjuk untuk menjuruskan kepada sesiapa, namun siasatan masih dibuka dan kes berkenaan tidak pernah ditutup.
“Kita harap sesiapa yang ada maklumat boleh panjangkan kepada pihak kita bagi siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Terdahulu Kosmo melaporkan seramai 13 individu diambil keterangan terdiri daripada mangsa, rakan-rakan, mekanik, dan pengawal keselamatan kediaman mangsa.
Menurut Shuhaily, hasil pemeriksaan ke atas bahan letupan itu mendapati ia merupakan bom yang lengkap dan sempurna selain berisiko berlakunya letupan.
“Bagaimanapun, kita mendapati bom tersebut dalam keadaan ‘switch off’ (tertutup) dan untuk menghidupkannya ia perlu ditekan suis secara fizikal.
“Saya yakin, suspek ini mempunyai ilmu dalam pembuatan bahan letupan dan diharap spekulasi perkara ini akan berhenti setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source