Reezal Merican serah pimpinan tertinggi tentukan penyertaan dalam Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang
KEPALA BATAS: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk memutuskan penyertaannya dalam pembentukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas ini.
Kata Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, matlamat utamanya ialah untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam terlebih dahulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
“Yang penting bagi saya ialah untuk menang dan saya nak supaya kehadiran saya ini membantu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan (di Pulau Pinang) sebab kita tahu, Chow Kon Yeow (Ketua Menteri) ini dia nak cari ‘rakan kongsi’ yang ‘credible’ (boleh dipercayai), bermaruah, kuat dan beraspirasikan orang Melayu.
“Maka, sebab itu dia tawarkan kerusi-kerusi kepada UMNO dan Alhamdulillah, memang saya nak jadi penyumbang kepada apa yang disebutkan tadi,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai pemenang bagi kerusi DUN tersebut, di sini malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) itu menang setelah menewaskan penyandang kerusi DUN terbabit, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 2,321 undi selepas memperoleh 10,453 undi berbanding lawannya yang mendapat 8,132 undi.
Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga bekas menteri Kabinet mengakui lega dengan kemenangan itu kerana ia telah membantu menebus kekecewaannya selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Reezal Merican berkata, kemenangan itu juga begitu bermakna kerana ia boleh dianggap sebagai permulaan untuk beliau melakukan ‘lonjakan’ politik seiring dengan perkembangan senario politik ketika ini.
“Dahulu, (ketika berkempen), BN bantu saya. Tapi sekarang, rakan-rakan daripada Pakatan Harapan (PH) juga membantu dan pengukuhan ini lebih memberi makna kepada saya kerana kedudukan saya pada hari ini (sebagai wakil rakyat) adalah lebih ‘representative’ kerana saya mendapat sokongan daripada kaum India, Cina dan Melayu.
“Saya rasa ini satu kepuasan. Dahulu, mungkin saya tak rasai ini selaku Ahli Parlimen. Jadi, saya rasa perkara ini amat bermakna dalam senario politik sekarang,” katanya yang berharap dapat mewakili suara penduduk di Penaga dan Pinang Tunggal pada masa sama.
Dalam pada itu, kata beliau, prestasi BN di Pulau Pinang khususnya tidak dianggap menyusut kerana mereka masih berjaya mengekalkan dua kerusi, sama seperti sebelum ini walaupun kerusi yang berbeza.
“Namun, kita akui gelombang yang menimpa (BN) dalam PRN kali ini adalah kuat walaupun saya sebenarnya enggan mengulas panjang mengenai perkara ini,” ujarnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source