Kerajaan naikkan gaji penjawat awam dalam Belanjawan Madani
LANGKAWI – Kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan skim gaji 1.6 juta penjawat awam menerusi Belanjawan Madani 2024 pada Oktober ini sementara kajian menyeluruh berhubung kenaikan skim tersebut siap pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangannya dengan Kementerian Kewangan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
“Saya bincang dengan Kementerian Kewangan, KSN dan KPPA, saya kata sementara kajian (skim gaji dan persaraan penjawat awam) ditingkatkan, saya cuba dalam Belanjawan Madani Oktober ini kita naikkan dulu sedikit gaji.
“Kita cuba naikkan dulu gaji, sementara kajian menyeluruh yang boleh siap tahun depan,” katanya ketika berucap pada program Walkabout Pelancongan dan Perasmian Geopark Discovery Centre (GDC) LADA, di sini hari ini.
Kata beliau, keputusan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan bukan hanya sekadar menabur janji tetapi melaksanakannya dengan kadar segera demi kepentingan rakyat.
“Itu sebab kerajaan ini kerajaan yang ada tindakan. Dalam masa sama saya nak tanya pasal apa (kerajaan terdahulu) tidak buat tahun sudah, dua tiga tahun sudah tidak ada,” ujarnya.
Menurut Anwar, penjawat awam sepatutnya sudah menikmati kenaikan gaji dua tahun lalu kerana berdasarkan peraturan, semakan gaji perlu dibuat setiap 10 tahun. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source