Tiada air mata, Diana doakan terbaik buat Farid
SHAH ALAM – Sudah berpisah secara rasmi hari ini, pelakon Diana Danielle tetap mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya, Farid Kamil selepas bercerai secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini.
Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, perceraian yang berlaku pada hari ini membuka lembaran baharu dalam hidupnya dan juga Farid.
Selain itu, Diana yang kelihatan tenang juga enggan berkongsi secara mengenai perasaannya ketika menerima lafaz cerai daripada Farid hari ini.
“Sekurang-kurangnya kami boleh tutup buku dan dia (Farid) dapat mulakan hidup baru.
“Untuk perasaan ketika menerima lafaz cerai, rahsia. Saya tak mahu cakap ketika keadaan itu sebab semuanya terlalu peribadi dan memang sukar untuk kami berdua sebab bukan perkara mudah untuk saya serta Farid hadapi,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding lafaz cerai di sini hari ini.
Dalam pada itu, dia juga melahirkan rasa syukur kerana prosiding lafaz cerai berakhir dengan aman seperti yang dimohon sebelum ini.
Bahkan, segala perasaan duka yang dialaminya juga tidak akan dipaparkan kepada umum dan hanya dirinya sahaja mengetahui segala-galanya.
“Alhamdulillah berakhir di sini, saya mendoakan yang terbaik untuk dia, diri sendiri dan anak-anak kami.
“Tiada air mata? Saya sudah bersedia secara mental untuk hari ini dan semuanya di belakang pintu sahaja (gambaran perasaan).
“Gelaran ibu tunggal, saya macam biasa dan akan lakukan tanggungjawab serta amanah. Kami lakukannya satu demi satu dan cuba memberi yang terbaik untuk anak kami,” katanya yang enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan anak-anaknya.
Mengulas laniut mengenai rasa sedih yang disimpan rapi, dia berkata, enggan memberi sebarang tanggapan negatif memandangkan dirinya merupakan figura dikenali ramai.
Dia juga enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan Farid memandangkan bekas suaminya tidak hadir ke mahkamah hari ini.
“Memang nampak kuat, belakang pintu hanya saya sahaja yang dan depan-depan beginilah.
“Saya tak mahu bagi persespsi salah terhadap orang ramai. Saya ini orang kenal san saya ada macam-macam perasaan di belakang.
“Saya tak mahu bercakap tentang orang tang tiada di sini dan sangat hormat orang di sana. Saya lihat wajahnya tadi ketika lafaz cerai,” tuturnya lagi.
Ditanya fokus selepas bercerai, dia berkata anak-anak menjadi prioritinya selepas ini selain masih mencari arah dalam menjalin semula hubungan baik dengan Farid terutama berkaitan anak-anak.
“Secara spesifik, saya dalam edah dan itu yang akan jadi fokus dan ada tanggungjawab jaga anak-anak dan kami akan sama sama cari momentum baru,” jelasnya lagi.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source