Kesan ekonomi semakin stabil dalam tempoh 12 bulan
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia bakal merasai gaji yang lebih tinggi tahun hadapan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan kerajaan menaikkan gaji rakyat dalam perbentangan bajet Oktober nanti.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, usaha yang dilakukan Kerajaan Perpaduan ketika ini telah ada perubahan awal antaranya, sudah mengatasi masalah kenaikan harga berterusan yang ditinggalkan pemimpin terdahulu di mana inflasi telah turun sejak bulan pertama kerajaan sekarang memerintah.
“Ketika ini inflasi tersebut sudah berada pada tahap terendah selepas 12 bulan kerajaan ini memerintah. Hala tuju penggajian rakyat sudah ada dan rakyat bakal merasai kenaikkan tersebut tahun hadapan.
“Minat pelabur juga semakin pulih, bukan sahaja pelabur-pelabur besar mengumumkan pelaburan jangka panjang mereka, pelabur dana pendek juga sudah kembali ke bursa saham kita pada kadar yang lebih tinggi berbanding negara ASEAN lain dalam tempoh dua bulan yang lalu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Debat Rafizi VS Syahir: Model Baharu Ekonomi Malaysia yang menampilkan Rafizi bersama Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman yang disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Tambah Rafizi lagi, negara juga bakal menyertai kelab negara-negara berpendapatan tinggi atau disebut sebagai negara maju di antara 2026 hingga 2028 nanti.
Katanya, dia berharap agar pemimpin-pemimpin muda yang ambil tahu berkenaan ekonomi negara diharapkan lebih bijak dan baik dari pemimpin-pemimpin lama pembangkang yang ada sekarang.
“Saya juga berharap mereka tidak mempolitikkan amanah nasional untuk memperbaiki ekonomi negara ini demi hanya beberapa tontotan di media sosial Tik Tok sahaja.
“Saya berharap mereka lebih bersikap jujur dengan rakyat bahawa amanah ini demi menyelesaikan masalah ekonomi negara, memerlukan ilmu ekonomi yang sepadan dengan cabaran ekonomi ini dan memerlukan pengalaman ekonomi yang boleh membawa tawaduq kepada amanah yang dipikul,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source