“Kami Gembira Lihat Sikap Syamsul”
Semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat ada berkongsikan video menemani dan memberi sokongan kepada dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, yang menyertai pertandingan hari sukan.
Memetik Harian Metro, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur dan gembira melihat sikap Syamsul yang kini mengutamakan anak-anak.
BACA: Yusof Haslam Belum Sedia Serah Syarikat Kepada Anak-Anak
“Alhamdulillah syukur, kami gembira melihat sikap Syamsul yang utamakan anak-anak dan berbaik dengan bekas isterinya, Puteri Sarah. Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah bercerai,” katanya.
Menurut Yusof lagi, beliau turut gembira melihat hubungan baik Syamsul dan Puteri Sarah meskipun sudah bercerai. Ujarnya lagi, tindakan Syamsul meluangkan masa bersama anak-anak adalah wajar dilakukan sebagai bapa.
“Berbaik-baiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku.
“Perhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan dibahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah bercerai, kami gembira dengan melihat perkembangan terbaharu Syamsul dan Puteri Sarah,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof berkata beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail sentiasa mendoakan buat anaknya itu agar terus berjaya serta tabah hadapi ujian dalam kehidupan.
“Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang kepadanya.
“Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan dan kekurangan serta keburukan itu pula datang daripada kami sendiri,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source