Hanya Bertahan Dua Minggu, Jodoh Bekas Mak Nyah Nikahi Bekas Pengkid Berakhir- “Mak Call Tak Jawab Lagi”
Terlerai hanya setelah dua minggu mendirikan rumah tangga, rumah tangga yang dibina bekas pengkid dan bekas maknyah yang menjadi tular sebelum ini dilaporkan sudah menemui titik noktah.
Ditemui Harian Metro, Danny, 40, yang merupakan pemilik salon memaklumkan dia sudah bercerai dengan isteri, Nur Azera Fatehah Abdullah,22, setelah dua minggu bernikah.
Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja.
@h315t_ Pasangan mak nyah dan pengkid akhirnya kembali kepada fitrah, sebelum selamat disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Ulu Remis di Kluang, Johor pada 15 Julai lalu. Menurut laporan mStar, Adam, 40, mengakui gementar sehingga menyebut lima kali lafaz sebelum bergelar suami kepada Nurazearah Fateha atau Yan, 22. Bercerita lanjut, Adam atau mesra dipanggil Danny berkata, dia menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas kepada isteri namun merahsiakan jumlah wang hantaran. “Sepatutnya segala urusan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan. Tapi saya dan Yan baru je kenal lima hari terus nak kahwin, jadi masa memang singkat. “Tapi saya bersyukur setelah lebih kurang sebulan setengah berkenalan dan melakukan persiapan, kami berdua akhirnya disatukan juga. “Saya dan Yan sangat lega dengan ketentuan Allah ini apabila majlis perkahwinan berlangsung dengan baik,” katanya. Usahawan bisnes salun rambut di Ampang, Selangor itu berkata, mereka berdepan pelbagai cabaran dalam melakukan persiapan apatah lagi terlalu awal mengumumkan pernikahan di media sosial. “Kedua-dua belah keluarga sebelum ini memang terkejut besar apabila kami beritahu nak berkahwin. Walaupun pada mulanya saya sendiri tak pasti, tapi semua itu rahsia Allah. “Siapa sangka selama ni memang saya tak ada niat nak kahwin tapi Allah jentik hati supaya memiliki kehidupan lebih sempurna dengan alam berumah tangga. “Bagi kami berdua sebenarnya keputusan untuk disatukan ini sudah cukup menunjukkan cinta sejati kami yang sebenar,” ujarnya menafikan ia adalah konten semata-mata. Berkongsi mengenai fasa rumah tangga, Danny berkata mereka masih dalam proses menyesuaikan diri selain bersyukur dapat menunaikan solat jemaah bersama isteri tersayang. Tambah Danny lagi, dia berharap hubungan halal itu menjadi bukti berhubung keinginnanya untuk berubah ke arah lebih baik berbanding sebelum ini. #maknyah #pengkid Sumber: mStar, TikTok @therealdannyqaseh
Desas-desus perceraian itu khabarnya mula dihidu netizen apabila video perkahwinan mereka juga turut dipadam Danny sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Menurut Danny, lafaz talak terhadap bekas isteri dibuat menerusi Whatsapp pada 30 Julai lalu jam 4.04 petang dan dilakukan tanpa pengetahuan keluarga.
Saya tak boleh kongsikan punca perpisahan secara terperinci tetapi apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian antara kami.
Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum bersedia untuk menceritakan hal sebenar.
Ujarnya lagi, dia berasa sedih namun reda dengan ketentuan takdir selain menyangkal dakwaan netizen yang menganggap perkahwinan mereka hanyalah sekadar ‘content’ media sosial semata-mata.
Tambah Danny, sepanjang bergelar suami, dia dapat merasai pengalaman menjadi seorang suami dan merasai nikmat hidup berkeluarga meskipun hanya sementara.
Terdahulu, media tempatan melaporkan kisah perkahwinan unik antara Danny dan Azera di mana kedua-duanya hanya berkenalan selama 5 hari sebelum sepakat untuk berkahwin.
Danny sebelum ini dikenali sebagai seorang yang berkelakuan lembut manakala Azera pula seorang pengkid.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘643302570797058’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source