Suspek bakar isteri diberkas lepas 63 jam sembunyi
SEBERANG PERAI – Lelaki ‘durjana’ yang bertindak membakar isterinya dengan minyak petrol akhirnya berjaya diberkas polis, hari ini selepas 63 jam melarikan diri dari kediaman mereka di kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, di sini Isnin lalu.
Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bukit Panchor, Nibong Tebal kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie, berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth, pagi esok untuk mendapatkan perintah reman.
Semalam, Kosmo! Online melaporkan yang saksi melihat suspek dikatakan sudah meloloskan diri dari kawasan ladang dengan menaiki sebuah van kilang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, isteri suspek berusia 35 tahun dilaporkan melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan selepas berlaku perselisihan faham keluarga.
Susulan kejadian itu, mangsa kini sedang bertarung nyawa dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source