Anwar ulangi pendirian, mahu noktahkan kemiskinan tegar tahun ini
SEREMBAN – Perdana Menteri dalam ucapannya pada program Ceramah Jelajah Perpaduan Perdana [email protected] Lenggeng di Taman Ampangan, di sini malam ini sekali lagi memberikan komitmen kerajaan untuk menoktahkan isu kemiskinan tegar tahun ini.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, bagi tujuan tersebut, ia bukan hanya perlu melibatkan kementerian dan agensi kerajaan, malah perlu disokong oleh semua parti-parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.
“Saya kata tahun ini kita mahu pecah rekod, bukan bangunan tertinggi di dunia, bukan jambatan megah, bukan kubu indah, tidak, saya akan noktahkan kemiskinan di Malaysia. Berapa jumlahnya? 136,000 orang dan majoritinya Melayu, ada kelompok India. Kita mesti tolong semua.
“Ahli Parlimen Pas kata tidak mungkin, mana boleh kita buat, saya telah panggil semua Jemaah Menteri, seluruh jabatan kerajaan, saya panggil semua DO (pegawai daerah), kalau ada seorang (miskin tegar) di daerah kamu Jempol ke Jelebu mesti catat nama dia dan selesaikan.
“Kalau ada senarai dari Wanita UMNO submit (hantar) dan daripada Keadilan beri terus dan saya beri ingatan, buat apa jadi Perdana Menteri ada kereta, pesawat kerajaan punya, Rumah Sri Perdana macam Istana, tetapi orang miskin tidak ambil tahu,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut mahu memastikan Negeri Sembilan menang dengan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 kali ini. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source