Ibu Ani dalang seludup PATI dipenjara 6 tahun
KLANG – Perbuatan seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang merupakan dalang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) berbalas apabila dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd. Shahrenliza Ghazali berkata, keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman Norliza Othman selepas Ibu Ani atau nama sebenarnya, Ramiani, 58, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.
Berdasarkan pertuduhan, Ibu Ani didakwa menjalankan penyeludupan migran terhadap enam warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 60 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah flat di Taman Kuchai Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pukul 6.10 pagi pada 5 November 2021.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Selangor, Puspharasi Ramachandran.
Jelas Mohd. Shahrenliza, pihaknya terdahulu telah menahan Ibu Ani yang menjadi dalang sindiket penyeludupan PATI di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
“Penahanan sebelum ini dlakukan pada 5 November 2021. Sindiket tersebut mengenakan bayaran sekitar RM1,500 hingga RM2,000 untuk membawa keluar dan masuk bagi setiap PATI bergantung kepada jarak lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kosmo! pada 9 November 2021 melaporkan Ibu Ani yang telah menjalankan aktiviti penyeludupan selama tiga tahun mempromosikan kegiatannya menerusi trip perjalanan keluar dan masuk ke negara ini menggunakan aplikasi media sosial termasuk kumpulan WhatsApp.
PATI yang ingin diseludup biasanya akan ditempatkan di rumah-rumah flat dan premis kedai dengan kerjasama tekong darat dan ejen-ejen lain yang berkomplot dengan Ibu Ani. -KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source