“Gambar Mesra, Saya Minta Maaf… Itu Memang Khilaf Saya”
Pelakon Shakilla Khoriri tampil menjawab beberapa tuduhan serta dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Shakilla mengakui kecewa dan sedih apabila keluarganya turut terkesan dengan fitnah yang disebarkan itu.
BACA: Dituduh Skandal Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka
Memetik mStar Online, menurutnya gambar tersebut adalah gambar lama serta menegaskan lelaki tersebut bukanlah suami orang.
“Saya kecewa apabila melihat emak saya menangis. Gambar yang dikongsi itu adalah gambar lama. Awak pasti ke dia itu suami orang?
“Saya ada bukti dia pernah jadi suami orang… gambar itu pada bulan Ogos dan September dan ketika itu dia memang sah bukan lagi suami orang,” katanya.
Mengakui kesilapannya serta memohon maaf, Shakilla berkata foto yang tersebar itu merupakan gambar peribadi yang dicuri daripada telefon bimbitnya.
“Mengenai gambar mesra, saya minta maaf. Itu memang khilaf saya, tidak sepatutnya saya melakukan perkara itu. Apa yang saya rasa tidak boleh dimaafkan, awak mencuri gambar peribadi saya.
“Saya boleh mendakwa awak atas kesalahan mencuri, menyebar dan isi kandungan emel awak yang mengatakan saya mengikis duit suami orang,” katanya.
Dalam pada itu, Shakilla turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh melakukan sihir untuk memikat lelaki berkenaan. Shakilla dilihat menangis susulan tuduhan berat itu.
“Siapa yang cakap saya mandrem (sihir) suami orang, saya memang tidak akan maafkannya melainkan dia sendiri minta maaf kepada saya dan bapa saya.
“Saya tidak pernah terfikir untuk melakukan kesilapan di sisi Allah. Ingat saya ini jahat sangat ke… saya masih ada agama,” katanya.
Sementara itu, Shakilla memaklumkan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pemfitnah, namun dia masih memberi peluang kepada si pelaku untuk memohon maaf
“Saya maafkan awak (pengirim emel) sekiranya awak rasa nak datang minta maaf kepada saya. Saya dengan berbesar hati akan tarik balik apa yang saya telah suruh peguam saya lakukan.
“Kalau awak merasakan dengan menyebarkan perkara-perkara itu boleh buat awak puas hati… boleh menjatuhkan saya, menutup pintu rezeki saya… awak salah. Impak apa yang awak buat bukan pada saya tetapi pada anak saya,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila tular dakwaan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal menjalin hubungan cinta dengan suami orang. Timbul spekulasi Shakilla adalah pelakon berkenaan.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source