PRN: Muda tidak jadi hantar calon di DUN Repah
SEREMBAN: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan tidak bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.
Jawatankuasa Pilihanraya Parti Muda hari ini memaklumkan, perkara itu selepas calon yang diumumkan sebelum ini bagi bertanding di kerusi berkenaan iaitu Iswan Ishak mengambil keputusan untuk menarik diri.
“Kami ingin memaklumkan bahawa saudara Iswan Ishak tidak akan bertanding di bawah Parti Muda dalam PRN yang akan datang.
“Walaupun sebelum ini beliau diumumkan sebagai calon parti Muda untuk kerusi N36 DUN Repah, setelah berbincang, beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab-sebab peribadi,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sebelum ini, Iswan yang merupakan pempengaruh media sosial antara dua calon yang dipertaruh Muda bagi bertanding di Negeri Sembilan.
Ketua Biro Mobilisasi Muda Negeri Sembilan, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim, 34, pula diumumkan bertanding di kerusi DUN Temiang.-UTUSAN.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source