KL City kecam keganasan terhadap penyokong
PETALING JAYA: Kuala Lumpur City (KL City) mengecam keganasan dalam bola sepak dan amat sedih serta kecewa dengan insiden yang menimpa penyokong mereka ketika final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.
Kelab itu dalam satu kenyataan semalam menegaskan, mereka bersimpati dengan penyokong dan ahli keluarga mangsa yang terkesan akibat insiden tersebut.
Juara Piala Malaysia 2021 itu turut menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada mangsa, selain bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden berkenaan.
“Dengan sepenuh hati, kami bersimpati dengan penyokong dan ahli keluarga mereka yang terkesan akibat insiden yang tidak diingini itu yang melibatkan anggota keselamatan di stadium.
“Kami berdiri teguh bersama-sama penyokong kami di saat sukar ini dan bertekad untuk menghulurkan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh mereka.
“Kami mengecam sebarang bentuk keganasan tidak kira sama ada melibatkan penyokong kami mahu pun pihak lain. Penggunaan kekerasan sama ada di dalam mahu pun luar stadium membayangi pertembungan sengit di atas padang dan tidak seharusnya mendapat tempat di dalam dunia sukan,” kata kelab dalam satu kenyataan.
KL City juga bersedia memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan insiden berkenaan.
“Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan PDRM dalam siasatan mereka terhadap insiden tersebut ekoran laporan polis yang dibuat oleh seorang penyokong yang menjadi mangsa keadaan.
“Kami akan mengadakan perbincangan dengan penyokong yang turut menjadi saksi untuk mendapatkan perspektif berhubung kejadian ini. Kami hargai kerjasama anda dan turut yakin pihak PDRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Dalam pada itu, KL City menegaskan kelab mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap sebarang penggunaan kekerasan dalam kawal selia penonton.
“Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk berkongsi pengalaman dalam hal kawalan keselamatan di stadium serta pengurusan penonton.
“Kami juga menyeru agar pihak berkenaan untuk menitikberatkan hal-hal membabitkan keselamatan serta mempertimbangkan keperluan penambahbaikkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan insiden sama berulang pada masa depan.
“Matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan persekitaran selesa di mana penyokong datang ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka, menikmati perlawanan dan bebas daripada sebarang ancaman pembuat kacau,” katanya.
Pada masa sama KL City juga berharap satu tindakan secara kolektif diambil supaya insiden sama tidak berulang lagi pada masa depan.
“Kami amat kekesalan dan kekecewaan terhadap apa yang telah berlaku. Sesungguhnya ia merupakan suatu episod gelap kepada bola sepak di Malaysia.
“Fokus utama kami kini tertumpu terhadap membantu individu-individu yang terkesan. Marilah kita bersama-sama mengetengahkan suasana bola sepak yang aman dan sejahtera bagi semua,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan seorang penonton perlawanan akhir Piala FA mendakwa dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF).
Rakaman peminat KL City yang didakwa diserang oleh orang yang didakwa sebagai JMF dan beberapa lelaki berpakaian awam telah tular di media sosial. – UTUSAN ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source