Remaja Orang Asli pitam dipanah petir
GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki Orang Asli dari Kampung Pinchong, Pos Gob di sini yang kerap pitam selepas dipanah petir dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dengan menaiki helikopter semalam.
Remaja itu, Mazlan Roslan, 18, dipercayai dipanah petir ketika menggunakan fon telinga semasa berada di rumahnya di kampung tersebut kelmarin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pesakit bersama pengiring dibawa dari Kampung Pinchong, Pos Gob ke hospital dengan menaiki pesawat Agusta Westland 139 (AW139).
Katanya, pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada pukul 4 petang dan tiba di Kampung Pinchong, kira-kira pukul 5.38 petang.
“Pesakit berada dalam keadaan sedar, namun memerlukan pengusung untuk dibawa ke helikopter kerana tidak mampu berdiri.
“Difahamkan, remaja terbabit kerap pitam selepas dia dipanah petir dalam kejadian di rumahnya kelmarin,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Mohd. Hasrizal memberitahu, pesawat tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang di sini pada pukul 5.55 petang dan pesakit diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa ke hospital.
Menurutnya, operasi pemindahan perubatan (Medevac) itu melibatkan lima anggota unit Udara diketuai oleh juruterbang, Faridullahamin Mohd. Noh dan dibantu Sarifudin Ladulu. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source