The 1975 batal konsert di Jakarta, Taiwan bulan ini
PETALING JAYA – Persembahan kumpulan kontroversi, “The 1975” yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Jakarta dan Taiwan bulan ini sah dibatalkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh The 1975 sendiri menerusi kenyataan rasmi di akaun @WeTheFest dan @LiveNationTW.
“Kumpulan ini tidak pernah mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan secara mudah kerana sudah lama tidak sabar untuk bermain untuk peminat di Jakarta dan Taipei.
“Tetapi malangnya, disebabkan keadaan semasa, adalah mustahil untuk meneruskan pertunjukan yang dijadualkan.
“Kami dengan sepenuh hati memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul. Live Nation Taiwan dan tixCraft akan mengeluarkan prosedur bayaran balik pada hari Isnin. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan berterusan anda,” katanya.
Difahamkan, penampilan kumpulan United Kingdom (UK) itu dijadualkan berlangsung hari ini di Jakarta manakala di Taiwan pada 25 Julai (Selasa).
Dalam pada itu, rata-rata peminat di Indonesia juga turut mengecam aksi tidak senonoh vokalis kumpulan terbabit, Matty Healy sehingga Festival Good Vibes 2023 (GVF 2023) yang sepatutnya berlangsung hingga ke hari ini, dibatalkan serta-merta.
Peminat muzik di Indonesia menyifatkan tindakan tersebut wajar agar isu yang sama tidak berulang lagi di Jakarta, Indonesia sehingga mengakibatkan pelbagai masalah lain.
“Tidak punyai etika dan tidak menghargai kearifan lokal. Kami sokong Malaysia. Nasib baik batal datang ke Jakarta daripada bertingkah (buat masalah) seperti di Kuala Lumpur,” komen Herriy Cahyadi.
“Tolong di Indonesia jangan bagi mereka (The 1975) ini datang,” komen Fifi Nara.
“Boikot di Indonesia biar dia (The 1975) tidak merasa ‘superior’ sebagai bangsa Barat. Kita punya prinsip yang tidak bisa dilecehkan oleh bangsa lain begitu sahaja,” komen seorang rakyat Indonesia yang lain.
Di dalam konsert yang berlangsung pada malam semalam di Litar Antarabangsa Sepang, vokalis The 1975 mencium rakan sejantinan lelaki iaitu gitaris kumpulannya, Ross Macdonald di atas pentas.
Bukan itu sahaja, Matty Healy turut memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source