“Gelaran Janda, Sampai Mati Pun Orang Akan Mengumpat”
Bukan mudah bergelar ibu tunggal, termasuk buat penyanyi Zaina Zain yang tidak dapat menahan sebak berkongsikan perjalananannya namun dia tetap kuat demi anak-anak.
Memetik Utusan Online, Ziana berkata status janda pasti akan selalu diperkatakan orang ramai namun dia enggan ambil peduli sebaliknya mahu terus bangkit.
BACA: “Jangan Hakimi Puteri Sarah Sebab Awak Bukan Dalam Kasut Dia” – Ziana Zain
“Sebagai ibu tunggal dan saya kena kuat demi anak-anak. Bukan senang, saya tiada suami dan besarkan empat orang anak. Kita kena tempuh banyak mulut orang yang ngeri kalau nak difikirkan.
“Bila bawa gelaran ‘J’ (janda) orang akan mengumpat macam-macam sampai mati cakap baju tak kena, balik malam, tak sedar diri. Saya berdoa agar Allah jaga Allah.
“Kadang-kadang saya akan nangis, itu lumrah. Tapi jika difikirkan sangat, kita akan murung. Cukuplah sudah empat tahun hidup begitu (murung). Sekarang saya kena bangkit,” katanya.
Dalam pada itu, Ziana berasa terharu kerana anak-anaknya bukan sahaja memahami dirinya malah turut melihat bagaimana dia bekerja serta sehingga tidak sanggup untuk tengok.
“Saya berterima kasih kepada Allah sebab berikan saya lagu yang sedap dan rakan duet yang bagus untuk saya terus ke hadapan. Mak selalu pesan untuk tidak sia-siakan peluang yang Allah beri sebab saya memang mahu bekerja.
“Aiman ikut semasa pembikinan video muzik di dalam hutan. Saya minta tolong dia bodyguard. Begitu juga semasa konsert, Amar dan Aiman datang tolong jaga atuk dan nenek, tolak kerusi roda.
“Bila mereka tengok bagaimana saya bekerja, mereka kata ‘susahnya kerja mama’ sampaikan kalau saya bekerja, mereka tak mahu ikut kerana tak sanggup tengok saya,” katanya.
Terdahulu, Ziana dan bekas suami, Armin Zaharin bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018 selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source