Cat Farish Sah Bergelar Suami Shikin Maembong Dengan Sekali Lafaz
Tahniah diucapkan buat penyanyi Cat Farish sah bergelar suami kepada Shikin Maembong dengan sekali lafaz pada jam 9.07 malam tadi.
Memetik mStar Online, pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota Kuala Lumpur, Mohd Shukri Sharie berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Maembong.
BACA: Emma Maembong Doa Perkahwinan Ketiga Shikin & Cat Farish Jadi Yang Terakhir
Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM200 daripada pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Pihak pengantin perempuan turut menyerahkan lima dulang hantaran yang dibalas tiga oleh pengantin lelaki.
Untuk rekod, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan pada 5 Disember 2014, namun bercerai pada Jun 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun hanya bertahan dua tahun.
Sementara itu, Cat sebelum ini berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun rumah tangga itu hanya bertahan dua tahun.
Sebelum ini, Cat berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada April 2016. Pasagan itu dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source