Bot fiber ditahan bersama 18 unit bubu naga
BAGAN SERAI – Sebuah bot gentian kaca (fiber) bersama 18 unit bubu naga ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau di kedudukan 0.2 batu nautika barat Kuala Gula di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, bot itu ditahan sekitar pukul 10.39 pagi setelah dikesan oleh pasukan operasi APMM yang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.
“Setelah ia dirapati dan diperiksa, anggota operasi mendapati bot itu dikendalikan sendirian oleh seorang nelayan warga tempatan berumur 42 tahun serta memiliki lesen yang sah.
“Namun, hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan sebanyak 18 unit bubu naga di atas geladak utama bot yang disyaki digunakan sebagai alat menangkap ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Najhan berkata, tekong itu ditahan untuk siasatan manakala bot dan 18 unit bubu naga yang dirampas dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana memiliki dan disyaki menggunakan peralatan menangkap ikan tanpa lesen yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source