Semak gaji langkah selesaikan masalah struktur ekonomi
ALOR SETAR: Langkah kerajaan menyemak semula gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri selain penekanan terhadap sistem gaji progresif, merupakan salah satu inisiatif bagi menyelesaikan masalah struktur ekonomi negara.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara berkaitan gaji merupakan antara isu ekonomi yang perlu diselesaikan selain hutang ditanggung kerajaan, memandangkan gaji diterima rakyat selama ini dilihat tidak padan dengan pertumbuhan harga barang.
Justeru katanya, kerajaan perlu campur tangan terutamanya dalam perkara berkaitan dasar bagi membantu rakyat untuk berdepan dengan kos sara hidup.
“Ini bukan satu pilihan kerana jika gaji tidak naik secara berkala bagi sentiasa menangani kenaikan harga barang, masalah sedia ada tak akan selesai sampai bila-bila walaupun usaha untuk menangani isu harga barang serta inflasi terus-terusan dibuat seperti sekarang ini.
“Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya berbincang mengenai isu ini, kami sedar semua orang akan ada kekangan sama ada di pihak kerajaan, swasta, majikan termasuk media mungkin akan kata kita tak ada duit.
“Kekangan itu akan ada sampai bila-bila tetapi dalam masa sama kita perlu cari jalan untuk memulakan langkah bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat ini.
“Tadbir ekonomi ini bukan sekadar bawa pelaburan ke dalam negara tetapi turut melibatkan pendapatan rakyat. Kita bantu miskin tegar dulu kemudian apabila sudah selesai, kita wujudkan peluang pekerjaan,” katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Madani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini, hari ini.
Rafizi berkata, kerajaan tidak boleh lagi menguruskan ekonomi mengikut cara lama dengan memberi tumpuan 100 peratus kepada soal pelaburan hingga menyebabkan golongan kaya semakin kaya sedangkan pertumbuhan kekayaan tersebut tidak sampai kepada rakyat.
“Saya tak menolak memang ada kekangan sama ada di pihak kerajaan mahu pun swasta. Tetapi sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membawa semua pihak mencari jalan bagi memastikan pertumbuhan gaji ini boleh mula berlaku,” katanya.
Katanya, sudah sampai masanya untuk perkara itu dibincangkan berikutan petanda-petanda yang mula ditunjukkan berkaitan ekonomi negara terutamanya melibatkan penurunan inflasi, pertumbuhan baik ekonomi dan pelaburan masuk tertinggi.
“Pentadbiran kerajaan sebelum ini apabila bercakap mengenai ekonomi, susah nak kaitkan dengan hal gaji kerana libatkan pembayaran. Apabila kena bayar lebih, kurang duit nak buat projek dan apabila projek berkurangan, maka yang lain-lain itu faham-faham sajalah.
“Tetapi sebagai sebuah negara, tak bolehlah kita tiada sasaran gaji dan biarkan saja ‘pandai-pandai kamu’. Kalau itu berlaku, gaji rakyat memang tak naik dan saya tersentuh melihat bagaimana Perdana Menteri memberi komitmen terhadap isu ini walaupun beliau tahu ia sukar,” katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source