“Saya Perasan Jika Kita Solat Awal Waktu, Allah Akan Mudahkan Urusan”
Enam tahun berdoa agar Allah berkenan menerimanya sebagai tertamu, pelakon dan penyanyi, Alif Satar diberikan rezeki bersama-sama isterinya, Sha Dila Halid menunaikan ibadah haji tahun ini.
Memetik Utusan Online, Alif berkata ada doa istimewa dipanjatkan olehnya di hadapan Kaabah namun tidak perlu dikongsikan kepada umum.
BACA: “Belum Pernah Ada Yang Cuba ‘Sondol’ Saya” – Alif Satar
“Melihat kaabah sahaja sudah dapat pahala. Ia memang tempat yang sangat suci. Semoga lebih ramai orang muda yang menyimpan duit untuk ke Mekah.
“Doa kali ini lebih khusus namun biarlah menjadi rahsia saya. Cuma saya akan tetap memohon keampunan dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat. Tidak hanya untuk saya, malah anak-anak, ahli keluarga, sahabat dan mereka yang di sekeliling saya,” katanya.
Sementara tu, Alif berkata sesibuk mana pun, solat adalah kunci kekuatan sehariannya. Malah, Aliff berkata Allah memudahkan urusannya jika menunaikan solat di awal waktu.
“Saya tidak mahu kedengaran seperti ustaz, tapi saya sedaya upaya akan mengutamakan solat. Saya perasan jika kita solat di awal waktu, Allah akan mudahkan.
“Kita jagalah solat. Mungkin kalau tak solat kita akan rasa penat. Mungkin kalau tak solat kita rasa makin tak cukup masa. Saya tak sempurna, Allah tutup aib agar orang tak nampak keburukan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia tetap akan berpegang pada prinsip serta baginya ada yang melihat selebriti sebagai contoh dan perlu tunjukkan teladan yang baik.
“Saya tak akan buat apa-apa yang melanggar prinsip saya. Contohnya lakonan, ada batas dan sensitiviti yang kita kena jaga.
“Walaupun ada yang mahu sekadar bekerja tanpa dilihat oleh masyarakat. Tapi ketahuilah menjadi seorang figura tetap akan diperhatikan.
“Ingatlah ada kanak-kanak di luar sana yang sedang memandang kita sebagai contoh. Oleh itu, kita kena tunjukkan tauladan yang baik,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source