Max Verstappen pamer aksi dominan di Austria
SPIELBERG, Austria – Pelumba pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen meneruskan penguasaannya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) 2023 selepas melakar kemenangan kelima berturut-turut sejurus muncul juara pada Grand Prix (GP) Austria hari ini.
Pelumba Belanda itu terus mengejar gelaran dunia ketiga berturut-turut apabila mendahului carta kedudukan kategori pemandu dengan kelebihan 81 mata selepas mendominasi perlumbaan musim ini dengan tujuh kemenangan.
Biarpun Verstappen berdepan tentangan sengit terutama menerusi pasukan Ferrari di Litar Red Bull Ring, namun pelumba harapan Ferrari, Charles Leclerc terpaksa berpuas hati tempat kedua. Lebih manis, rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez memastikan podium tempat ketiga menjadi miliknya.
“Kami memilih untuk tidak masuk ke hentian pit selepas kereta keselamatan mengambil alih perlumbaan pada awal perlumbaan. Strategi pada hari ini benar-benar baik dan saya menikmati perlumbaan hari ini. Prestasi jentera juga menakjubkan,” kata Verstappen.
Meskipun Verstappen berpeluang untuk memburu gelaran ketiga F1 dengan mudah namun pelumba Belanda tersebut mengambil pendekatan untuk fokus satu perlumbaan pada satu masa.
“Saya tidak suka memikirkan perkara itu lagi dan saya hanya mahu menikmati masa perlumbaan dengan jentera ini. Seterusnya saya akan memberi tumpuan menjelang perlumbaan seterusnya di Silverstone nanti.
“Apapun terima kasih kepada semua (peminat) yang hadir pada hari ini dan ia adalah sokongan yang luar biasa,” tambahnya.
Selepas sembilan pusingan perlumbaan, Verstappen kini mengumpul 229 mata dan rakan sepasukannya, Perez berada di tangga kedua dengan mengumpul 148 mata. Pelumba pasukan Aston Martin, Fernando Alonso tangga ke ketiga dengan mengumpul 129 mata. -AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source