Tak patut timbul isu laungan azan – Mufti P. Pinang
GEORGE TOWN – Insiden membabitkan laungan azan di masjid kawasan Sungai Puyu, Butterworth tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pihak mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana keputusan yang dibuat sejak 2010 lagi telah melarang penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.
“Saya difahamkan bahawa pihak masjid Sungai Puyu telah terlupa menutup pembesar luar sewaktu mendirikan solat Subuh dan ketika kuliah disampaikan selepas itu.
“Diharap kekecohan ini tidak dipanjangkan dan dapat diselesaikan dengan baik dan saling bertolak ansur antara semua pihak terbabit,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau khuatir sekiranya ada pihak tertentu sengaja menimbulkan semula isu tersebut untuk meraih keuntungan politik murahan.
“Saya suka menasihati semua pihak di negeri ini sama ada masyarakat Islam atau bukan Islam supaya tidak mudah terperangkap di dalam sentimen perkauman dan agama sehingga mengeruhkan keharmonian dalam hubungan sesama masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Kita perlu sentiasa beringat bahawa keamanan adalah lebih perlu dipelihara dan diutamakan daripada memperoleh kepentingan politik yang sementara,” tambahnya.
Semalam, polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi berhubung isu laungan azan di masjid kawasan Sungai Puyu, Butterworth. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source