Pengundi Terengganu jangan ditipu muslihat Pas lagi – Ahmad Zahid
KEMAMAN: Pengundi di Terengganu diingatkan agar tidak tertipu dengan muslihat politik Pas yang menggunakan agama untuk kepentingan politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin Pas selama ini menggunakan ayat dan terjemahan al-Quran serta hadis yang sama tetapi taksiran berbeza-beza mengikut masa untuk kepentingan politik.
“Orang (pengundi) Terengganu, ditipu cukuplah kali ini, sama ada orang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan Amanah (Parti Amanah Negara), kita ketepikan perbezaan dalam kalangan kita dan kali ini kita ambil alih negeri Terengganu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.
Presiden UMNO itu berkata, BN tidak seperti Pas kerana lebih menumpukan kepada ‘politik pembangunan’ untuk kesejahteraan rakyat.
“Apa yang kita buat selama ini bertumpu kepada politik pembangunan. Tapi puak sana (Pas) politik penipuan. Akhirnya penipuan yang dirancang itu jadi kemenangan, pembangunan yang kita buat orang lupakan. Itulah hakikatnya.
“Tak sukar nak menang kalau bijaksana. Tapi kalau hanya ikut gelombang mereka, dan ikut apa yang mereka buat, saya fikir apa yang Tok Mat Said (Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said) kata Terengganu akan jadi macam Kelantan,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, rakyat khususnya golongan muda perlu membaca sejarah dan pengorbanan dan pelbagai usaha yang dilakukan UMNO dan kerajaan BN selama ini.
“Bagaimanapun, semua itu dilupa oleh rakyat dan diketepikan oleh pengundi muda kerana mereka telah terpengaruh dengan politik yang penuh dengan penipuan dan muslihat itu.
“Mereka cepat lupa dengan semua pembangunan yang ada ketika ini adalah daripada usaha, pengorbanan fizikal,wang ringgit dan tenaga yang dilakukan BN,” katanya.- UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source