Salah beli tiket, keterujaan 5 beranak balik raya tukar suram
PETALING JAYA – Keterujaan sebuah keluarga lima beranak yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bertukar suram apabila tiket bas yang dimiliki mereka dimaklumkan tidak sah.
Kisah sedih itu yang dikongsikan di Facebook Rahman Nanyan, dipercayai berlaku di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini.
“Sebuah keluarga, mak dan ayah dengan tiga orang anak yang mana anak bongsu mereka masih berbedung. Mereka kelam kabut turun ke platform untuk ke Johor Bahru.
“Ayah pikul beg besar, abang pegang tangan adik dan si ibu pula dukung bayi. Berlari satu keluarga takut tertinggal bas.
“Setibanya di pintu pelepasan, nama dan tiket mereka tidak sah. Bila disemak, tiket mereka adalah esok,” katanya.
Sehubungan itu, Rahman berkata, wajah si bapa terus berubah mendengar perkara tersebut dan menyedari dia telah membuat kesilapan.
“Si ibu pula terus duduk, mungkin kepenatan dukung anak bongsu. Ayah masih duduk termenung dan anak-anak masih melambai setiap bas yang lalu kerana terlalu seronok nak balik kampung,” ujarnya.
Dalam pada itu, kata Rahman, dia sempat mendengar kata-kata si ibu kepada suaminya yang cuba menenangkan keadaan.
“Alah bang, lewat sehari, janji boleh balik, jom kita balik rumah dulu, esok kita datang,” katanya sambil memicit bahu suaminya yang sedang buntu.
Justeru, tambahnya, lelaki tersebut kemudian terpaksa berterus-terang dengan anak-anaknya bahawa tiket yang dibeli sebenarnya dijadualkan pada esok.
“Anak-anak yang teruja terus berubah suram, namun mereka tidak menangis,” jelasnya.
Sehubungan itu, rata-rata ramai mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudah selain kisah tersebut turut menggamit kenangan bagi mereka yang pernah melalui situasi yang sama.
“Aku dah rasa situasi ini masa arwah abah dan ibu. Naik kereta api sampai Pulau Pinang. Duduk atas tong botol sebab takda tempat duit,” kata Ain.
“Terkenang masa zaman kecil-kecil dahulu. Berkejar naik bas. Arwah mak punya lah risau takut anak dia tertinggal kat stesen bas,” ujar Hairi. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source