Mahkamah: Fitnah Sultanah Nur Zahirah, Clare kekal dibicarakan di Kuala Terengganu
KUALA LUMPUR – Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy memutuskan demikian selepas menolak permohonan Clare untuk memindahkan perbicaraan ke ibu negara atas alasan permohonan itu tiada merit.
Sehubungan itu, beliau berpendapat, perbicaraan terhadap Clare wajar dimulakan tanpa halangan kerana kes tersebut telah mengambil masa yang agak lama sejak dia didakwa pada 23 September 2021.
Dalam penghakimannya, hakim itu berpuas hati Clare gagal membuktikan bahawa dia akan dibicarakan secara tidak adil jika prosiding didengar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
“Mahkamah tidak akan mengeluarkan perintah untuk memindahkan kes bersandarkan kepada dakwaan tertuduh semata-mata tanpa disertai alasan yang mencukupi,” ujar hakim berkenaan.
Selain itu isu kebimbangan Clare untuk kes itu dibicarakan di Terengganu dan berikutan laporan polis dibuat di situ atas arahan Sultanah Nur Zahirah, mahkamah mendapati kebimbangan Clare tidak berasas kerana seseorang individu itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Selain itu, Muniandy berpendapat, majistret berkenaan akan mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Jika Clare tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret yang tidak memihak kepadanya, dia masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi,” kata hakim itu.
Sebelum ini pada sesi penghujahan pada 15 Mei lalu, peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Clare berhujah permohonan anak guamnya untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi di sini adalah kebimbangan yang munasabah selain sikap pilih kasih mahkamah di Terengganu bagi bicara kes tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman menegaskan, Clare tetap akan dibicarakan secara adil terhadap pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah jika kes didengar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Beliau berhujah, tidak pernah wujud campur tangan daripada mana-mana pihak luar termasuk pihak istana sendiri (Terengganu) dalam kes ini sepanjang proses pendakwaan dilakukan terhadapnya.
Pada 3 April lalu, Clare gagal buat kali kedua untuk membatalkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah Sultanah Terengganu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) berpendirian terdapat keterangan yang mencukupi untuk mengekalkan pertuduhan terhadapnya.
Pada 23 September 2021, Clare yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara in-absentia atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah Sultanah Terengganu melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Chendering Utama, Kuala Terengganu pada 14 September 2018.
Sebelum itu pada 2 Februari lalu, media melaporkan, Clare gagal kali pertama untuk membatalkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah Sultanah Nur Zahirah selepas representasi bertarikh 13 Disember 2022 ditolak oleh agensi itu.
Clare didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Pengarang Sarawak Report itu kemudian memfailkan permohonan untuk memindahkan kesnya daripada Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi di sini selepas mendakwa dirinya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.
Ini kerana pengadu dalam kes jenayah terhadap dirinya adalah Sultanah Terengganu sendiri yang memfailkan saman terhadapnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source