Thailand contohi TH urus jemaah haji
MEKAH – Rakyat Thailand perlu membayar sehingga 280,000 bath (RM37,212) seorang untuk mengerjakan haji kerana tidak memiliki muassasah atau pengelola khusus seperti yang dilaksanakan oleh Tabung Haji (TH).
Amirul Hajj 1444H Thailand, Dr. Zakee Abdulaziz Pitakkumpun berkata, bayaran itu ialah untuk tempoh antara 40 hingga 44 hari tinggal di Mekah dan Madinah ketika musim haji.
Katanya, kuota haji yang diberikan oleh Arab Saudi ialah sebanyak 13,000 tetapi mereka hanya menghantar 11,300 sahaja kerana orang Islam di situ adalah golongan minoriti.
Kebanyakan penganut Islam menetap di Selatan Thailland iaitu di Narathiwat, Pattani dan Songkhla.
“Jemaah perlu membuat tabungan sendiri, namun kerajaan ada memberikan subsidi bagi meringankan beban yang perlu ditanggung apatah lagi ketika kos semakin meningkat saban tahun.
“Kami ingin mengetahui selok belok pengurusan haji melalui TH dengan menghadiri muzakarah dan madwah yang diadakan secara tahunan. Kali ini kami datang ke ibu pejabat TH di Mekah untuk berbincang lebih mendalam mengenai operasi haji,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Terdahulu, Zakee dan rombongannya mengadakan pertemuan tertutup selama sejam dengan pengurusan TH diketuai oleh Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman di sini.
Menurut Zakee, ia bagi memperkukuhkan hubungan antara Kuala Lumpur-Bangkok selain ingin mengetahui cara pengurusan kerana mereka ketinggalan jauh dalam pelbagai aspek haji berbanding TH yang telah beroperasi sejak 60 tahun lalu.
Tambahnya, TH merupakan agensi penting untuk dijadikan model kerana mengajar rakyat Malaysia terutama golongan muda untuk menyimpan wang bagi menunaikan haji.
Sementara itu, Syed Saleh berkata, antara yang dikongsikan termasuk pengendalian isu hukum hakam perjalanan haji dengan mewujudkan Pembimbing ibadat Haji Tanah Suci. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source