“Saya Masih Cuba..” – Ditanya Bila Akan Kahwin Dengan Yasmin Hani, Alif Hadi Komen Bukan Masanya Lagi
Pasangan selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Alif Hadi dan Yasmin Hani sememangnya diketahui sering saja berkongsi momen romantis mereka di media sosial.
Meskipun begitu, aktor Alif Hadi yang ditemui Kosmo berkata dia masih belum membuat keputusan untuk menamatkan zaman dudanya bersama Yasmin Hani.
Dia juga mengakui sedikit rimas apabila sering diajukan soalan mengenai perubahan status duda kepada suami orang itu daripada peminat dan media.
Saya memang masih cuba untuk ke fasa lebih serius tetapi saya masih belum membuat keputusan untuk soal tarikh lagi.
Bila tarikh perkahwinan? Bukan masanya lagi. Insya-Allah dipermudahkan secepat mungkin.
Kata Alif, banyak perkara perlu diperbaiki kerana dia enggan kesalahan lama berulang daripada perkahwinan lalu yang dibina lebih enam tahun sebelum musnah pada tahun 2018.
Mungkin saya ada sedikit trauma dengan masa lalu yang menyebabkan saya susah untuk mempercepatkan langkah seterusnya.
Bagi saya situasi sudah berbeza daripada sebelum terutama sekali apabila ada anak-anak.
Ujarnya, dia memang sukakan budak-budak sekaligus menjadikan tugas untuk menyayangi dan memantau anak-anak Yasmin Hani iaitu Noah dan Eissa menjadi mudah dan menyenangkan.
“Saya memang suka budak-budak dan boleh melayan mereka. Tanggungjawab saya dalam masa sama untuk memantau mereka” maklumnya lagi.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source