“Tatu Mondy Ukir Sendiri, Buat Braces RM15” – ‘Difitnah’ Netizen Malaysia, Ebit Lew Pertahan Mondy
Topik tentang Mondy, wanita dari Indonesia yang bertatu di muka dan pendakwah yang membantunya, Ebit Lew menjadi perbualan ramai sejak kebelakangan ini.
Sesetengah pihak mendakwa mereka hanya berlakon (Mondy berpura menjadi gelandangan) untuk kepentingan lain kerana wanita itu dikatakan pempengaruh di negara asalnya.
Soal netizen, bagaimana pula Ebit boleh berkata Mondy hidup dalam kesusahan tetapi mempunyai tatu, beberapa tindik dan juga memakai braces yang jelasnya semua ini kosnya bukan sedikit.
Terbaru, pendakwah bebas itu ada memberikan penjelasan bagi pihaknya sekaligus menafikan ‘fitnah’ yang dilemparkan rakyat Malaysia terhadap dirinya dan Mondy.
Menerusi TikTok, bapa kepada empat anak itu melakukan live bersama Mondy dan mereka menafikan bahawa pertemua di tepi jalan seperti dalam video memang dirancang.
Mondy berkata tatu pada badannya dan pendakap gigi dipakainya itu dibuat pada harga yang murah, tidaklah mahal seperti yang dianggap oleh netizen. Kata Ebit pula,
Dia ingat braces tu yang mahal macam anak saya punya. Di Indonesia braces tu… gigi punya tu, yang palsu yang murah.”
@dillahussin fitnah apa tentang mondy #mondy #ustazebitlew #hidayah #islam #taubat #doa
Dia juga turut memberitahu harga braces yang sudah dipakainya bertahun-tahun itu berharga Rp50,000 atau lebih kurang RM15 sahaja
Terdahulu, rakan pendakwah dari Indonesia, ustaz Derry Sulaiman meminta orang ramai berhenti menyebarkan fitnah tentang dua individu terbabit.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source