Sudah Bercerai Talak Satu, Puteri Sarah Bersedia Nak Bertemu Ira Kazar? Ini Jawapan Tuan Badan
Kisah perkahwinan antaran pelakon Puteri Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila kedua-duanya sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Ditemui media, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat tenang dan masih boleh bergurau senda setelah prosedur perceraian tamat tengah hari tadi.
Aktres itu juga sempat ditanyakan soalan mengenai kesudiannya untuk berjumpa dan bertentang mata dengan isteri Syamsul kini, Ira Kazar pada suatu masa nanti.
Jawab Puteri Sarah, dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai pertanyaan itu dan hanya menjawab ‘No comment’ kepada media.
Mengenai kes dengan dia pun, saya tak boleh dedahkan lebih lanjut.
Manakala peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengatakan bahawa kes saman terhadap Ira Kazar masih dalam proses dan bersifat sulit.
Sekadar info, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap Ira Kazar pada 25,28 dan 29 Ogos nanti.
Ira sebelum ini hadir memberi keterangan di JAWI berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source